Thursday, October 13, 2016

Ajaran Sesat















PENGERTIAN AJARAN SESAT
Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam
sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti
untuk mendapatka kedudukan,harta dan sebagainya.
Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam
dengan memesongkan akidah orang Islam.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai atau membuattafsiran menyeleweng tehadap Al-Quran dan hadis. Contohya kumpulan Bahai beritikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk islam kedalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Qadiani.
Menolak perkara yang qat’ie dalam islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadianidan Bahai.
Mengubah bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa
penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al
Mufarridiah.
Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang
bersangkutan dengan perkaraperkara ghaib seperti
memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali dan
malaikat.
Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti
menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di
dalam doa atau jampian sebagaiman yang dilakukan oleh
bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti
golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT
1. Kesan terhadap individu:
ØAkidah seseorang akan rosak. Orang muslim yanga
mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh
merosakan akidah. Mereka wajib bertaubat dan kembali
kepada ajaran islam.
ØMasa terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan
bertentangan dengan ajaran islam seperti memuja dan
melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat.
ØMinda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering
dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat
wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak
rasional dan fanatik.
ØKehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat
membawa kepada pengabaian tangunggjawab sebagai
pelajar, suami, isteri, ibu atau bapa.
2. Kesan kepada masyarakat:
ØKeruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh
berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran
sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama
mereka.
ØPerpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat
terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan
mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling. Ini
menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam
masyarakat.
ØBerlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada
peimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya
dipergunakan untuk melakukan keganasan.
3. Kesan terhadap Negara:
ØNegara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran
sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan
membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan
prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada
sumbangan dan produktiviti individu.
ØNegara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat
akan mengancam perpaduan dan keharmonian
masyarakat. Ini boleh mengugat kestabilan politik
dan ekonomi negara. Akibatnya Negara terpaksa
menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk
mengekalkan kestabilan negara.
CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT
1. Qadiani
Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal
pada tahun 1908 Masihi.
Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di
Qadian iaitu sebuah kampung.
Ajaran mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
Ajaran dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq
Bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
Ciri-ciri ajaran sesat yang dibawa ialah :
a)Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai imam
Mahdi dan nabi.
b)Beriktikad bahawa Allah S.W.T menurunkan kepada Mirza
Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah.
c)Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta
jenis mukjizat.
d)Manghapuskan jihad
e)Mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat
52 surah Al-Haj & ayat 1 surah Al-Qadr
f)Mendakwa malaikat sebagai pancaindra Allah S.W.T.
2. Bahai
1.Bahai diasaskan oleh Husain Ali A-Mazandani yang 
meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2.Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar
sebagai Baha’ullah.
3.Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah
yang diasaskan oleh Ali Muhammad A-Syirazi yang meninggal
dunia pada tahun 1850 Masihi.
4.Ajaran bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5.Ajaran bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun1953
melalui yan kee leong.
Ciri-ciri ajaran sesat yang dibawa ialah :
a)Beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T
b)Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan
digabungkan dalam ajaran Bahai
c)Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa’(kekal)
d)Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan
memansuhkan semua kitab samawi
e)Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib
f)Menolak kewujudan mukjizat ,malaikat,syurga dan neraka
g)Memansuhkan agama Islam
h)Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru
i)Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19
hari,solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari
dan berwudhuk degan air mawar atau diganti dengan
bacaan bismillahil athar sebanyak 5 kali untuk
menghapuskan jihad.
3. Taslim
1.Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih
dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2.Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung
Seronok di Bayan Lepas Pulau Pinang.
3.Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di
Malaysia.Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan
kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.
Ciri-ciri Kesesatan Ajaran Taslim ialah:
a)Beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri
zahir ialah Nur Muhammad
b)Beriktikad bahawa alam ini bersifat Qadim
c)Mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu
d)Mengharuskan penzinaan melalui konsep nikah batin
e)Menolak kewujudan hari kiamat,syurga dan neraka
f)Solat secara niat tanpa rukun Qauli
(perkataan) dan Fikli(perbuatan)
g)Menganggap Haji Muhammad Matahari
sebagai pemimpin yang maksum
CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA
Ajaran sesat Ayah Pin
Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu di
bawah seksyen 25 enakmen
pentadbiran hal ehwal agama islam
1986 yang diwartakan pada 4 disember
1997 menjelaskan bahawa pegangan
Ayah pin adalah palsu, sesat,
menyeleweng dan boleh membawa
ancaman kepada ketenteraman orang
awam serta merosakkan akidah.

1.Arifin Mohamad atau lebih dikenali
sebagai ayah pin merupakan pengasas
kerajaan langit.

2.Beliau mengaku bahawa tidak
mempelajari ilmu agama.

3.Beliau menyatakan bahawatidak
ada orang lain selain saya dan Nabi
Muhammad S.A.W. yang berguru dengan
jibril

4.Menyatakan bahawa mesti berjumpa
Allah dan Rasul dulu baru boleh
percaya.

5.Menyatakan Nabi Muhammad
mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan
Injil untuk dijadikan al-Quran.

6.Setiap kali sembahyang hendaklah
beritikad bahawa Ayah Pin berada di
hadapan.

7.Al-Quran perlu dibakar dan abunya
dilumur di tubuhnya.

8.Mendakwa beliau telah melalui semua
agama-agama dan menerima syahadah
secara langsung daripada Tuhan.

9.Nyawa manusia yang ada di atas muka
bumi adalah duduk ditangannya kerana
dia memegang segala kunci-kunci
akhirat.

10.Semasa mengucap dua kalimah
syahadah hendaklah beritikad dalam
hati kepada ayah pin.

11.Jika ada ahli yang mati, ayah pin
akan mendahului untuk menentukan
si mati supaya ke syurga atau neraka.

12.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu,
Gua Musang, senaskah al-Quran akan
dibakar dan abunya akan dilumur
ditubuhnya.

13.Pada hari jumaat,22 April 2016,
ayah pin meninggal dunia di
kediaman isteri keempatnya, Nik
Kamariah Nik Pah di Hulu Besut
akibat sakit tua.


1.Melengkapkan diri dengan
kefahaman Islam yang sebenar.
Pengaruh ajaran sesat dapat
ditangkis dengan kefahaman
Islam yang sebenar melalui
proses pembelajaran secara tidak
formal atau formal.
2.Menyebarkan ajaran Islam.
Ajaran Islam hedaklah sentiasa
didedahkan kepada masyarakat
menerusi pelbagai kaedah seperti
media cetak, elektronik,
ceramah, seminar, forum dan
symposium.
3.Kerjasama dalam
penguatkuasaan undang-undang
secara bersepadu oleh semua
pihak akan dapat membendung
kegiatan ajaran sesat daripada
terus menular dalam masyarakat.
4.Program pemulihan akidah.
Orang yang terlibat dengan
ajaran sesat amat memerlukan
kepada program pemulihan
Akidah di Malaysia. Terdapat
beberapa buah Pusat Pemulihan
Akidah di Jelebu Negeri Sembilan
dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu
Yam Selangor.

No comments:

Post a Comment