PENGENALAN
Pengertian Pergaulan Bebas adalah salah bentuk perilaku menyimpang yang melewati batas dari kewajipan, tuntutan, aturan, syarat dan perasaan malu atau pergaulan bebas dapat diertikan sebagai perilaku yang menyimpang yang melanggar norma agama mahupun norma kesusilaan.
Pengertian pergaulan adalah merupakan proses interaksi antara individu atau individu dengan kelompok. Di samping itu, bebas pula adalah terlepas dari kewajipan, aturan, tuntuan, norma agama dan norma kesusilaan. Pergaulan berpengaruh terhadap pembentukan keperibadian seseorang individu baik pergaulan positif atau negatif. Namun begitu, pada masa ini pergaulan bebas tidak terbatas antara lelaki dan perempuan sahaja malah perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan juga boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam masyarakat masa ini.
Selain itu, semua ini terjadi kerana kemungkinan tedapat segelintir masyarakat Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas atau Islam Liberal. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari generasi ke generasi maka ia menjadi suatu ancaman sosail dan cabaran kepada pihak kerajaan untuk merialisasikan agenda Wawasan 2020. Oleh itu, pembangunan negara yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata pepatah Melayu ‘pemudi harapan bangsa, pemuda tiang negara’.
FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS
l) Kurang perhatian dari orang tua
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan mengembang dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan menjaga, melindungi, mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walaubagaimanapun, institusi keluarga hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Tetapi ibu bapa kini bersikap lepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Kesan daripada kegagalan tersebut menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing.
2) Diri Sendiri
Lazimnya perasan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Hal ini terjadi kerana jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakan peribadi dan akhlak.
3) Masalah keluarga
Keadaan keluarga sangat berpengaruh pada tingkah laku atau perkembangan fizikal remaja yang mana keadaan orang tua yang tidak bahagia yang akan membuatkan perkembangan mental anak tergangu dan cenderung terhadap kesenangan di luar untuk merasasenang. Ibu bapa pada zaman ini ramai yang berkerja dan terlibat dengan perniagaan-perniagaan besar sehingga ada yang terpaksa berkerja diluar negara. Kesibukan ibu bapa ini telah menyebabkan anak-anak terbiar dan mereka akan merasa bosan dan sunyi apabila berada di rumah seterusnya menyebabkan pergaulan bebas.
4) Pengaruh media masa
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi sangat berpegaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan bahan-bahan lucah, rancangan yang disiarkan di televisyen memaparkan adengan-adengan seks dan majalah berbentuk hiburan juga memberi kesan negatif yang sukar disekat dan ditapis oleh kerajaan. Di samping itu, media massa juga dapat mempengaruhi kalangan remaja dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, remaja yang mengikuti perkembangan terkini ataupun trend yang akan datang.
CARA PENYELESAIAN MASALAH PERGAULAN BEBAS
1) Pantauan ibubapa
Peranan ibubapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Seterusnya ibubapa mestilah memantau pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Contohnya, anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibubapa dan akan menyebabkan mereka merasa bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan yang akan dialaminya.
2) Media massa
Media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Di samping itu, pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Contohnya mereka merayau-rayau di pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung dalam pergaulan bebas.
3) Pengaruh di sekolah:-
Pengaruh di sekolah juga amat penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa disekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang professional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah. Contohnya, pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat.
4) Didikan agama
Didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri dikalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibubapa terlalu sibuk mengejar kemewahan di dunia dan kedudukan sehinggakan mereka lupa terhadap perihal dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapatkan didikan agama yang secukupnya oleh ibubapa mereka. Contohnya, mereka semakin tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
5) Sifat semula jadi remaja yang sentiasa ingin mencuba
Sifat semula jadi remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Contohnya, remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk jenayah seperti memecah rumah, mencuri, menghisap dadah dan sebagainya. Seterusnya akan menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak dan lupa tanggungjawab mereka pada tuhan dan ibu bapa.
KESIMPULAN
Kesimpulanya ialah, pelbagai langkah yang boleh diambil dan dilaksanakan tetapi apa yang lebih penting ialah, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Selain itu, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar dari terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka didunia.
No comments:
Post a Comment